SELAMAT DATANG KE FLOSSFIVE.BLOGSPOT.COM





Kelazatan, Kepuasan dan HALAL lagi SUCI Matlamat Kami"

Salam sejahtera, selamat datang ke laman web flossfive.blogspot.com. Syarikat kami beroperasi di Bachok sudah sekian lama secara kecil-kecilan. Tetapi atas dorongan kawan-kawan, kami mula melangkah setapak ke depan dengan memasarkan produk-produk kami melalui internet. Ini bertujuan produk kami dapat dibeli orang ramai orang dari seluruh Malaysia. Buat masa sekarang 3 jenis serunding adalah produk utama kami yang dipasarkan secara online.

Kelazatan Serunding kami berbeza dengan serunding-serunding lain di pasaran. Bukan sekadar rasanya yang berbeza, tetapi cara buatannya juga BERBEZA. Ini menjadi produk Serunding Geng 5 unik dan mempunyai rasa dan nikmat yang tersendiri.

Di sini kami senaraikan keunikan produk Serunding Geng 5 :

Serunding di kisar HALUS.- ini amat sesuai untuk semua peringkat umur, dari usia tua hingga kepada kanak-kanak. Ibu bapa boleh gunakan sebagai perencah dalam bubur untuk kanak-kanak mula belajar makan. Ini memberikan mereka nikmat dan khasiat yang tinggi.

Kebersihan dan Kesucian dalam proses pembuatan sangat dijaga dan dititik beratkan agar KELAZATAN dan KETAHANANnya terjamin.

Serunding Ayam - Ayam yang digunakan adalah dari jenis kualiti tinggi Gred-A. Ayam segar ini dijamin BERSIH, SUCI dan HALAL.

Semasa proses membuatnya, ZIKIR DOA Syifa' dibaca agar pemakanan kita di BERKATI dan DIRAHMATI ALLAH. Kalau ada kanak-kanak atau orang dewasa yang kurang selera makan, agar terbuka seleranya dan disembuhkan dari sebarang penyakit, insyaAllah.

Pembungkusan Kemas - Jadi amatlah sesuai dijadikan HADIAH atau BUAH TANGAN apabila berkunjung ke rumah rakan atau ibu bapa.

0 ulasan:

Catat Ulasan